Sunday 13 January 2013

2013 - Misi Pemantapan Organisasi


Dua minggu awal tahun 2013 telah pergi meninngalkan kita. Kini berbaki 351 hari lagi baki perjalanan tahun 2013. Begitulah cepatnya masa berlalu. Masa yang berjalan begitu cepat ini menuntut pula manusia untuk mengejarnya. Kalau masa ini berlari pecut, maka kita juga perlu memecut, kalau masa bergerak ala turbo, mak turbolah kita. Pendek kata, manusia tidak boleh membiarkan masa meninggalkan mereka terlalu jauh. Penat dan lelah jadinya bila mahu mengejar balik. Demikianlah hidup kita sebagai seorang penjawat awam lebih-lebih sebagai seorang guru. Macam-macam kerja yang perlu kita bereskan dari semasa ke semasa. Tahun lepas mungkin kita menerima tanggungjawab lain yang mungkin berbeza dengan kerja tahun ini. Ditambah lagi dengan tugas dan arahan baru daripada pihak KPM, JPN dan PPD.......fuhh penat rasanya. Sebab itulah kita tidak boleh leka. Kata orang Kedah 'jangan dok ghalit'. Jangan dok tangguh2 kerja. Kata orang Arab " La tuakkhir amal al-yaum ila ghadin'. Namun masih ramai dalam kalangan kita yang masih 'ghalit' dan buat tak tau aja. Demikian jugalah dengan pergerakan KKGUMB yang masih dilihat statik. Kurang berdaya saing dan masih belum berjaya ditransformasi sepenuhnya. Hal ini adalah kerana kurangnya kepekaan dalam kalangan GPI dan Guru j-QAF. Kita masih tidak bersatu. Masih di takuk lama. Tak perlu berpersatuan dan berjemaah. Malah kedapatan sebahagian lain memandang sinis kepada KKGUMB. Sebagai Pengerusi peringkat negeri, saya akan cuba buat yang terbaik. Orang suka atau tidak kepada kita, saya wajib melaksanakan tugas saya. Kerja ini kerja sukarela, tiada gaji dan elaun. Hanya kerana inginkan melihat GPI dan j-QAF berada dikelas yang tersendiri, saya terima amanah dan cabaran ini. Cabaran dan ujian menerajui kesatuan ini tidaklah sehebat mereka yang menerajui NGO lain lebih-lebih lagi organisasi politik yang kerap terdedah dengan mihnah dan fitnah. Bagi KKGUMB penyelesaian masalah guru P.Islam dan j-QAF adalah matlamat utama. Namun kerana sebahagian besar GPI merasakan mereka sudah selesa dengan keadaan sekarang, maka mereka yang mengalami masalah akan dibiarkan. Berapa ramai lagi GPI yang tidak diberi peluang untuk memikul amanah besar di sekolah, berapa ramai lagi GPI yang tidak menerima elaun khas seperti guru P.Khas, berapa ramai lagi guru kita yang terpaksa 'berpisah' suami isteri akibat jarak tempat kerja yang terlalu jauh. Ini tak termasuk lagi kedudukan P.Islam, B.Arab. j-QAF, KKQ, taraf BPI dan sebagainya dalam konteks pelaksanaan PPPM 2013-2025.  Semua ini menuntut kerja kuat dan usaha bersungguh-sungguh GPI. Di pihak KKGUMB, kita akan cuba selesai dan bawa isu ini ke peringkat atasan namun kalau GPI dan Guru j-QAF tidak memberi sokongan, apa yang mampu kami buat. Sebenarnya, bilangan ahli KKGUMB amat sedikit, tidak mencerminkan bilangan sebenar GPI dan j-QAF di Malaysia. Inilah yang terjadi kepada Presiden KKGUMB Kebangsaan yang terkedu bila ditanya bilangan ahli KKGUMB seluruh Malaysia oleh KSN. Justeru, pada tahun 2013 ini, KKGUMB Kedah, telah pun menetapkan misinya untuk menambahkan bilangan ahli. Insya Allah, sekiranya semua pihak memberi kerjasama dan sanggup berkorban RM5, kita akan berjaya. Kita perlu menunjukkan penyatuan kita dalam semua isu. Jangan tunggu ada masalah baru kita nak mencari orang yang boleh membantu menyelesaikan masalah kita. Ayuh! Mari kita (GPI/jQAF) bersatu mencemerlangkan institusi P.Islam di negara kita. Tidak ada orang lain yang mampu mengubahnya melainkan diri kita sendiri. AYUH! Jangan Buang Masa Lagi! Orang lain dah lepas ke bulan, kita masih merangkak di buaian sendiri!

                         AJK KKGUMB sentiasa berbincang demi kemaslahatan GPI seluruhnya
                                                 (Mesyuarat pertama 2013 pada 11 Jan lepas)

                                        Terima Kasih Saudara ku..... Us Nazri Dan Us Jamal

                      Walaupun anakanda mu sedang sakit di hospital, engkau (Us Md Isa) engkau gagahi juga      
                                                        datang demi jemaah tercinta

                          Dari Kulim tuan datang, hanya untuk pos surat kesatuan di Alor Setar

                   Us Ayob.....pengorbananmu amat disanjung tinggi, pagi Guru Besar, petang di ofis kesatuan,     
                                walaupun tanpa gaji, tuan tetap memberi khidmat demi cinta kepada P.Islam

                              Hanya inilah buah tangan untuk 2013, harap ahli sudi menerimanya